MELAKA: Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) sedang merancang pembangunan pasar terapung di Sungai Melaka Fasa Dua di Stesen Melaka River Cruise di Pengkalan Rama di sini sebagai projek perintis pada tahun hadapan.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata sebanyak 10 bot berbumbung berkonsep moden akan ditempatkan di sepanjang 120 kaki (30 meter) Sungai Melaka Fasa Dua dan projek itu akan dipindahkan ke stesen teksi air berhampiran Taman Lagenda selepas kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai berkenaan siap kelak.
Beliau berkata PPSPM sedang memperhalusi aspek teknikal dan konsep bagi melaksanakan pasar terapung berkenaan dan setakat ini kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan bagi mendapatkan kelulusan teknikal daripada jabatan dan agensi berkaitan berhubung perancangan tapak dan reka bentuk bot terapung.
"PPSPM merancang untuk menyediakan sebanyak 30 bot bagi aktiviti pasar terapung di kawasan tersebut, 60 kiosk perniagaan di tebing sungai dan sebuah 'restoran terapung' sebagai tarikan pelancong baharu di Melaka.
"Projek ini akan memberi peluang kepada sekurang-kurangnya 90 peniaga kecil yang kreatif dan konsep pasar terapung yang dicadangkan adalah menawarkan jualan produk makanan, kraftangan dan lain-lain dengan mengetengahkan produk etnik di Melaka seperti Melayu, Cina, India, Orang Asli, Baba Nyonya, Portugis dan Chetti," katanya ketika pada sidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) yang ingin tahu mengenai operasi pembangunan dan operasi pasar terapung Sungai Melaka.
Terdahulu, menjawab soalan Low mengenai Sungai Melaka yang akan berfungsi sebagai laluan pengangkutan alternatif, Abdul Razak berkata PPSPM telah memperkenalkan perkhidmatan teksi air atau 'water taxi' dan telah dilancarkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada 16 Mei lepas.
Beliau berkata setakat ini terdapat dua teksi air berkapasiti 20 tempat duduk bagi setiap bot dan sistem pembayaran digunakan bagi perkhidmatan teksi air ini berbeza daripada bot biasa.
"Penumpang perlu membuat pembelian dan tambah nilai kad tanpa tunai di kaunter tiket Melaka River Cruise (MRC) atau di dalam teksi air serendah RM20 dan perkhidmatan ini mendapat sambutan daripada pelancong tempatan dan luar negara terutama pada waktu puncak.
"Berdasarkan rekod, sebanyak 1,363 penumpang telah menggunakan perkhimatan teksi air ini sehingga 23 Julai lepas dan perkhidmatan ini merupakan satu daripada cara menangani kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan tumpuan pelancong seperti di Banda Hilir," katanya.
Beliau berkata PPSPM juga menyediakan tempat meletak kenderaan percuma di Stesen Pengkalan Rama dan Taman Rempah selain tempat meletak kenderaan berbayar di Stesen Hang Tuah, Kampung Hulu dan The Shore. Penumpang pula boleh menaiki teksi air berkenaan di mana-mana 14 stesen di Sungai Melaka.
Sementara itu, mengulas soalan tambahan Low sama ada terdapat cadangan agar tambang bagi menaiki MRC lebih kompetatif, Abdul Razak berkata tambang berkenaan adalah amat berpatutan namum cadangan berkenaan akan diperhalusi serta mendapatkan pandangan semua pihak.
"MRC merupakan satu tarikan pelancongan yang cukup hebat di Melaka sejak ia ditubuhkan pada 2006 dan sehingga Julai ini, 13 juta orang menaiki bot untuk menikmati keindahan Sungai Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Abdul Razak berkata, PPSPM sedang memperhalusi aspek teknikal dan konsep bagi melaksanakan pasar terapung Sungai Melaka Fasa Dua di Stesen Melaka River Cruise di Pengkalan Rama. - Gambar fail/Astro AWANI
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
ADUN Melaka naik gaji bermula Januari 2024
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka akan menikmati kadar saraan baharu bermula Januari tahun depan.
Melaka bentang Bajet 2024 berjumlah RM564.6 juta
Hasil kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM479.6 juta dengan anggaran Hasil Cukai berjumlah RM167.4 juta, Hasil Bukan Cukai (RM298.9 juta) dan Terimaan Bukan Hasil (RM13.3 juta).
Melaka kutip hasil RM298.41 juta tahun ini
Ia membabitkan RM122.56 juta bagi hasil cukai, RM138.72 juta bagi hasil bukan cukai dan RM37.13 juta bagi terimaan bukan hasil.
Projek perintis pembangunan pasar terapung Sungai Melaka sedang dirancang - Exco
Projek itu akan dipindahkan ke stesen teksi air berhampiran Taman Lagenda selepas kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai siap.
DNB sasar liputan 5G capai 89.5 peratus di Melaka menjelang Disember
Fairul Nizam berkata peratusan berkenaan akan meliputi 225 lokasi di seluruh negeri Malaka.
DUN Melaka lulus pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan lompat parti
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti.
Melaka dijangka bentang Rang Undang-Undang Antilompat parti akhir Julai ini
Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dijangka dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berlangsung akhir bulan ini.
BN atau PH? Calon Timbalan Speaker DUN Melaka diumum hujung Jun
Calon Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan umumkan pada Jun ini, kata Speaker DUN Datuk Ibrahim Durum.
Melaka tubuh pasukan khas bendung aktiviti judi haram - KM
Kerajaan Melaka akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi membendung aktiviti judi haram di Melaka termasuk penguatkuasaan bersepadu.
Mohd Yadzil Ketua Pembangkang DUN Melaka
Pengerusi PN negeri itu menggantikan ADUN Bukit Katil yang juga Pengerusi PH negeri, Adly Zahari.